Showing posts with label happy birthday. Show all posts
Showing posts with label happy birthday. Show all posts

Sambutan Hari Lahir Murid-Murid Prasekolah 2017



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Khamis . 07 Disember 2017


Pada 17 November yang lalu Prasekolah SKPU telah mengadakan sambutan Hari Lahir sepanjang tahun untuk murid-murid Prasekolah sesi 2017. Beberapa hari sebelum hari kejadian, murid-murid telah dimaklumkan berkenaan majlis tersebut dan mereka dibenarkan untuk membawa makanan sampingan.



Dekorasi backdrop Cikgu Faiz buat simple je. Bunga kipas tu ppm yang buatkan. Belon ditiup oleh murid-murid prasekolah.





Haa.... bukan main bersemangat lagi murid-murid ni tolong ibu (ppm) meniup belon. Jangan meletup sudah.




Antara makanan yang dibawa oleh murid-murid. Makanan ringan tu memang tak elok untuk kesihatan tapi sambutan hari lahir ni hanya diadakan sekali setahun jadi takpe la kot langgar pantang sehari. Hihi. Kesemua makanan ringan tu Cikgu Faiz dan ppm bahagikan kepada semua murid yang hadir. Semua dapat seorang sikit.






Meriah betul kek hari tu. Dua biji kek daripada prasekolah, sebiji lagi disumbangkan oleh seorang murid.




Sehari sebelum hari kejadian, Cikgu Faiz gigih mencari party mask ni. Nasib baik ada kedai pemborong.





Hadiah hari lahir untuk semua murid.





Lagi lapan hadiah tu untuk murid-murid yang bakal memenangi pertandingan mewarna pada hari tersebut.



 

Sementara menunggu nasi ayam sampai, murid-murid mewarna dulu. Lapan orang yang mewarna dengan cantik akan dapat hadiah. Semua mewarna dengan penuh semangat.




Okey, makanan dah sampai. Kita makan dulu. Semuanya kena 'paksa' makan sampai habis sebelum dapat makan kek dan makanan-makanan yang lain. Dalam kepala masing-masing semua dah tak sabar nak makan kek dan jajan-jajan tu semua. Huhu.




Qabeel dan Hanania potong kek yang dibawa.





Murid-murid bergambar kenangan. Dua buah kelas bergabung meletup.




Giliran cikgu pula.





Ambik gambar lagi. Semua seronok dapat party mask ni. Perut pon dah kenyang.




Masa yang ditunggu telah tiba. Inilah senarai pemenang pertandingan mewarna untuk kelas Bestari. Lagi empat orang pemenang dari kelas Amanah.




Cikgu terharu dapat bunga haritu. Selain bunga cikgu dapat tudung dan bunga ala-ala kaca. Kalau korang nak tahu semua hadiah tu diberi oleh murid yang terlibat dengan kelas tambahan dan ada di antaranya memang selalu sangat kena marah dengan cikgu tetapi masih sudi nak bagi hadiah. Huhu. Semoga semua anak-anak murid cikgu dapat memanfaatkan ilmu yang telah dipelajari. Tahun depan semua dah masuk Tahun Satu. Cikgu doakan semua berjaya.


Yang menaip,

Selamat Hari Lahir, abang Hakim !!!



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sabtu . 16 Mei 2015


Masih lagi dalam mood Hari Guru. Tanggal 16 Mei 2010 yang lalu lahirlah waris pertama Cikgu Faiz dan Encik Suami. Bayi lelaki itu diberi nama Muhammad Faqih Hakim bin Hasnizatul Azam. Alhamdulillah rezeki Cikgu Faiz dan Encik Suami kerana mendapat hadiah yang paling bermakna sempena Hari Guru 5 tahun yang lalu.



Semalam, abang Faqih menyambut Hari Lahir bersama rakan-rakan di sekolah. Seramai 13 orang murid termasuk abang Hakim diraikan bersama murid-murid lain dan guru. 13 orang murid yang diraikan tu lahir pada bulan Januari hingga Jun. Yang selebihnya akan diraikan pada hujung tahun.





Dua hari sebelum majlis tersebut abang Hakim beria-ia memberitahu bahawa cikgunya suruh membawa hadiah. Mula-mula tu tak berapa faham. Bila dah sampai rumah baru jumpa surat yang cikgu bagi. Semua murid dikehendaki membawa 13 hadiah. Tak kisah la berapa nilai hadiah dan isi hadiah tersebut yang penting 13.





Hari Khamis tu bergegas ke mydin untuk mencari 13 hadiah tersebut. Nasib baik barang-barang untuk 'party pack' abang Hakim dah beli sebelum tu. Jadinya takde la sibuk sangat nak cari barang. Hihi.





Rupa-rupanya murid-murid ni ada pertukaran hadiah. Balik je semalam, dalam kereta je abang Hakim kecoh memberitahu hadiah-hadiah yang dia dapat. Hihi. Satu plastik besar hadiah-hadiah. Satu plastik lagi penuh dengan 'party pack' pemberian kawan-kawan dia. Hihi. Best betul.





Macam-macam hadiah ada. Pensel, set alat tulis, dompet, tabung, pemadam, sticker, botol air dan macam-macam lagi hadiah abang Hakim dapat. Rezeki budak-budak kan. Seronok betul rasanya tengok abang Hakim buka hadiah-hadiah dia. Huhu. 





Abang Hakim dah mengalahkan bonda dengan abah pulak ye. Macam dia pulak yang sambut Hari Guru. Huhuhu. Tak nak buka baju sekolah terus nak buka hadiah.





Muka excited nak buka hadiah.





Nampaknya kesemua hadiah-hadiah abang Hakim ni sangat berguna. Memang boleh buat stok sampai hujung tahun ni. Tak payah nak beli alat tulis dah. Huhuhu





Selamat Hari Lahir abang Hakim. Semoga menjadi anak yang soleh dan sentiasa membanggakan abah, bonda dan adik. Jangan la asyik nak menyakat adik je. Huhuhu. Ini baru permulaan hidup abang. Jauh lagi perjalanan yang harus abang tempuh. Bonda doakan yang baik-baik aje untuk abang Hakim. Amin.


Yang menaip,

Sambutan Hari Lahir Iman Munirah



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ahad . 12 April 2015


Cikgu Faiz kembali lagi setelah menghilang sekejap. Hihi. Kejap ada, kejap takde. Dah macam biskut pulak. Okay, back to the topic. Beberapa minggu lepas kelas Cikgu Faiz meraikan ulang tahun kelahiran salah seorang murid. Lepas murid-murid dah siap makan barulah acara potong kek diadakan. Layan je la gelagat murid-murid Cikgu Faiz ni.




Kek harijadi anak murid Cikgu Faiz yang bernama Iman Munirah yang bertemakan Frozen versi muslimah. Hihihi. Menurut ibu Iman, kek ini dibuat berdasarkan permintaan Iman sendiri yang mahukan kek dengan gambar Anna dan Elsa yang memakai tudung. Comel bukan?






Inilah dia murid-murid Cikgu Faiz yang selalu menggamatkan suasana di dalam kelas. Huhuhu. Seronok sangat nampaknya dan kelihatan tidak sabar nak makan kek harijadi kawan mereka. Sebenarnya diorang teruja dengan kek Frozen tu. Hihihi.






Cikgu ni asyik nak ambik gambar je. Bila nak nyanyi ni? Dah tak sabar nak makan kek ni. Huhuhu.






Nyanyian lagu Happy Birthday untuk rakan tersayang. Selamat hari lahir yang ke 6 tahun Iman. Semoga jadi anak yang solehah ye. Belajar rajin-rajin dan jangan nakal-nakal ye. Kawan-kawan Iman semua suka kek yang Iman bawak. Sedap. Hihihi. Sekian.


Yang menaip,

Saengil Chukha Hamnida !!!



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Rabu . 11 Disember 2013


Hari ni merupakan hari yang amat bersejarah buat Cikgu Faiz kerana pada tarikh 11 Disember 1984 yang lalu, Cikgu Faiz telah dilahirkan ke dunia yang fana ini. Berbanding hari lahir pada tahun-tahun lepas, tahun ini merupakan hari lahir yang sangat bermakna buat Cikgu Faiz kerana mendapat hadiah yang paling berharga. Nak tahu apa hadiahnya...?






Inilah hadiahnya. Hehehe. Alhamdulillah Allah kurniakan seorang bayi perempuan yang comel ni. Hadiah lain takkan dapat menandingi hadiah ni ^ ^






Hari ni Hannani dah 32 hari. Pagi tadi bawak dia pergi cucuk dekat klinik. Kesian Hannani sakit kena cucuk. Kuat dia menjerit tadi tapi sekejap je. Tadi timbang beratnya dah 4.1kg. Semangat betul adik Faqih ni. Harapnya Hannani tak demam lepas kena cucuk tadi. Sekian.




Yang menaip,

Happy Birthday Aun !



Assalamualaikum.


Hai, selamat pagi ! Bangun, bangun ! Matahari dah naik ni takkan nak tido lagi.


Hari ni Cikgu Faiz nak buat entry pasal harijadi. Hari ni merupakan hari lahir adik ipar Cikgu Faiz la. Happy Birthday Aunn. Selamat Hari Lahir yang ke 14 tahun. Harap lepas ni akan menjadi seorang yang matang dan tabah mengharungi dugaan di dunia ini.


Err... takde hadiah la untuk Aun sebab bonus tak masuk lagi ni. Uwaaa... Amik je la gambar kek coklat kat bawah ni. Nampak macam sedap je. Nyam nyam....








Siapa-siapa yang nak kenal dengan adik ipar Cikgu Faiz boleh la KLIK DI SINI.


Nak beli i-phone tak? Cuba usha KAT SINI.


Sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...