1
Orang Memberi Komen

Empat Tip Pemakanan Yang Sihat.





Hai, Selamat Hari Rabu. Rasa macam dah lama je tak update blog. Padahal baru semalam je tak update. Ok la. Hari ni cikgu Faiz nak bagi tips pulak la. Dah lama tak berkongsi tips kat sini. Baca betul-betul ye.


Ini merupakan tips pemakanan yang sihat. Sape-sape yang nak sihat tu boleh la amalkan ye.



1. Tentukan masa untuk makan. Disarankan agar korang makan sebanyak tiga kali sehari termasuk makanan ringan yang dibenarkan. Ia bertujuan memberikan tenaga kepada tubuh badan korang dan memastikan metabolisma korang sentiasa aktif.


2. Makanan yang seimbang. Pastikan korang mengambil nutrisi daripada kumpulan makanan yang berlainan dalam masa sehari. Sebagai contoh, lemak yang sihat, buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin pada waktu pagi. Ia bagi memastikan kesihatan korang kekal terjamin.


3. Jangan lupa sumber tenusu. Tulang merupakan bahagian dalam badan yang sangat penting. Korang pasti mesti tak mahu mengalami tulang reput sebelum waktunya bukan? Maka ambillah sumber tenusu setiap hari yang mampu memberikan protein dan vitamin D termasuk kalsium.


4. Minum air yang banyak. Tubuh badan korang memerlukan air yang cukup supaya kulit tidak kering. Minum air kosong sebanyak yang mungkin walaupon korang tidak haus sepenuhnya.



Mudahkan? Selamat menjamu selera secara sihat.

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

7
Orang Memberi Komen

Terima Kasih Adik-Adikku.





Hai, ingat lagi tak semalam cikgu Faiz ada publish satu entry pasal photoshop dan header? Apa? Tak ingat? Takpe. Korang boleh refresh balik KAT SINI. Dah ingat balik? Good. Hihi. Korang tau tak? Lepas cikgu Faiz dapat respon pasal entry semalam tu terus je tangan ni mengedit header yang diidam-idamkan. Memang tak sabar giler la cikgu Faiz ni kan. Hahaha.



Rasa happy sangat sebab apa yang telah diajar oleh sifu merangkap otai telah dapat diaplikasikan di dalam merekabentuk header blog ni. Ala, header simple je tapi kira ok la kan sebab jenuh jugak nak menjadi. Cuba korang bandingkan header yang tak berapa nak jadi ni dengan header yang terbaru ni.



teruknya header ni. giler comot kan.







header baru selepas diberi tunjuk ajar :)



Hihi. Ok tak? Sebenarnya ada banyak lagi yang cikgu Faiz nak perbaiki. Ni header tak nyempat-nyempat nak siap sebab tak sabar-sabar nak tayang kat korang la. Hahaha.



Di sini cikgu Faiz ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka-mereka yang sudi memberi respon terhadap entry semalam tu. Mereka semua masih muda dan tidak lokek berkongsi ilmu di dada. Terharu sangat-sangat. Hukhuk.


Lyssa Faizureen

Lisa Afha

Clara Rella

Shida


Kamsahamnidaaaaa !!!!! (hekhek)


Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

4
Orang Memberi Komen

Naik Lagi 333. Syukur.





Haiii, fuh setelah berpenat lelah mengemas rumah hari ni tibalah masanya.. Entry penghargaan untuk follower nombor cantik yang telah follow blog ni. Err,, cantik ke? Yang lain-lain tu jangan kecik ati ye. Terima kasih jugak kat korang sebab menyokong blog ni. Cuma follower nombor cantik ni special skit sebab nombor tu. Hihihi.



Jeng jeng jeng..... mari kita lihat sape yang kena.




tara.... ni dia follower yang ke 333. Ameera. Thanks adik coz sudi follow blog akak yang tak seberapa ni. Adik Ameera ni macam blogger baru je sebab follower dia baru nak naik. Sama la macam akak dulu naik sikit-sikit, lama-lama inilah hasilnya.



Sedikit maklumat mengenai Ameera. Baru berusia 17 tahun. Wah, tengah exam la ni ye. Good luck ye. SPM tu. Ameera juga seorang yang Happy Golucky. Maksudnya dia ni seorang yang sentiasa riang gembira. Berasal dari Kelantan dan sudah mempunyai seorang insan yang bergelar kekasih. Kekasih? Pelajaran jangan lupa k.


Ha, sape-sape yang rasa nak kenal dengan Ameera boleh la follow beliau eh.

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

6
Orang Memberi Komen

Pakar Photoshop dan Header Tolong Baca Ya (need your help).





Hai. Selamat pagi sumer. Korang dah sarapan. Cikgu Faiz baru je lepas sarapan nasi lemak. Alhamdulillah sudah kenyang. Lepas makan tadi kan cuba-cuba la buat header mana tau jadi. Akan tetapi hasilnya sangatlah mengecewakan. Arghhh, betol-betol tak reti tapi nak buat jugak. Huhuhu.


Inilah header yang tak jadi tu.


Ada banyak persoalan sebenarnya. Header ni dibuat menggunakan photoshop. Diharap otai-otai photoshop dan pakar header dapat membantu.



1. Macam mana nak lukis ikut gambar kita tu? Saya pakai magnetic lasso. Tapi tak kemas la. Ada yang tak dapat nak ikut. Ada yang terlebih pulak. Comot giler. Nampak sangat tak retinya.



2. Kalau saiz gambar kita besar camana nak kecikkan? Bila drag ke transparent terus jadi besar gedabak nampak muka je. Buntu buntu.




Err... cukup la dua soalan ni. Kang tanya banyak-banyak kang pening lak otai nak jawab. Hihihi.

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

14
Orang Memberi Komen

Cikgu Faiz Ni Lelaki Ke Perempuan?





Salam Maal Hijrah buat semua umat Islam yang berada di muka bumi ini. Korang nampak kan tajuk di atas tu. Hihi. Masih ada lagi yang belum mengenali Cikgu Faiz ye. Hmm.... Sebelum ni pon Cikgu Faiz dah buat satu entry khas pasal benda ni. Nak baca KLIK KAT SINI.


Ingin saya nyatakan sekali lagi bahawa Cikgu Faiz adalah seorang perempuan. Saya bukan bro. Saya bukan pakcik ok. Hihi. Harap lepas ni takde yang salah faham lagi ye. Kadang-kadang kelakar pula bila baca kat shoutbox tu macam-macam ayat ada. Huhu. Jom lihat gambar-gambar di bawah ini. Sekadar ingin berkongsi kelucuan dengan anda semua ok. Takde niat lain pon tau.



lihat ayat yang ada anak panah tu. hihi.




saya pompuan la. huhu.





siap boleh gelak-gelak lagi. huhuhu. kelakar ke kalau Cikgu Faiz tu pompuan? :p




Hahaha... korang pulak camane? Adekah korang pon ingat saya lelaki?

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

3
Orang Memberi Komen

Label Nama Murid-Murid Prasekolah 2012.





Hai semua. Selamat Hari Khamis. Ok ke arini? Harap suma baik-baik aja ye.

Baru sekejap tadi aku telah menyiapkan label nama murid-murid prasekolah sesi 2012.

Label ini dibuat untuk ditampal pada drawer murid-murid.

Jadi senang la nak kesan di mana kedudukan drawer masing-masing.

Cuba korang tengok. Ok tak? Aku buat simple je. Senang nak gunting pastu nak laminate dan gunting lagi. Banyak keje kan.






kat atas ni label untuk murid-murid perempuan. Doodle ini telah disumbangkan oleh FizGraphic.






Yang ni pula label untuk murid-murid lelaki. Doodle disumbangkan oleh Lyssa.



Hihi. Siap dah satu keje. Lepas ni nak buat benda lain pulak.

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

4
Orang Memberi Komen

Wang Bantuan Kerajaan RM100





Hai, semalam aku tak online pon. Ingat malam nak online sekejap tapi terus tertidur dengan nyenyak. Sebab apa? Adoi, semalam memang hari yang agak sibuk sebab aku kena jaga kaunter Tahun 5. Kaunter apa? Ala, kan kerajaan ada bagi bantuan RM100 untuk semua murid. Ha, pasal tu la. Tak pasal-pasal aku jadi bank sekejap.


Mula-mula aku dapat RM1000. Fuhhh.... sekejap dah licin. Lepas tu dapat RM500, pon licin dengan sekelip mata. Kemudian dapat lagi RM500 pon licin jugak. Akhirnya wang pon sudah kehabisan dan ibu bapa dikehendaki menunggu sehingga jam 11.30 pagi sementara Guru Besar pergi mengeluarkan wang di dalam bank. Itu pon ada la manusia yang tak puas hati dengan pihak sekolah. Dah kata duit habis tu tunggu je la. Ini nak marah-marah pulak. Kerajaan dah bagi duit pon nak membebel lagi. Itulah salah seorang manusia yang tak reti nak bersabar. Ingat senang agaknya nak handle duit beribu-ribu. Pikir nak senang je. Huh ! Menyirap sekejap. Tak reti bahasa betol. Cuba pikir, Tahun 1-6 lepas tu setiap tahun tu ada berapa kelas???! Pikir sendiri je la, murid beribu duit pon mesti la banyak kan? Dan untuk mengeluarkan wang pon ada hadnya. Ok. Lupakan pasal manusia tersebut. Semalam aku balik rumah dalam pukul 4 lebih.


Petang semalam jugak aku, sweetheart dan anak kami pergi ke pasaraya Carrefour untuk membeli sedikit keperluan rumahtangga. Almaklum la baru pindah rumah la katakan. Hihihi.


Hari ni pon aku terlibat dengan pembahagian duit RM100 tapi kali ni aku jadi pembantu je. Tak macam semalam. Hari ni kurang penat sikit sebab ramai ibu bapa yang dah datang semalam jadi hari ni takde la sibuk sangat. Hari ni aku sampai rumah jam 4 lebih.


Ok. Itu saja laporan dari aku untuk hari ini. Love.

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

2
Orang Memberi Komen

Kepulangan Yang Dinanti ♥





Gembiranya rasa hati sebab Prince Charming tersayang balik hari ni.

Bila sekali sekala berjauhan tu terasa juga rindunya walaupon kami sering bercakaran (teruk beno bunyinye).

Haha. Takde rumahtangga yang sentiasa aman bahagia tanpa sebarang perasaan tidak puas hati.

Kalau tak mesti ada 'something going wrong somewhere'.





Saya rindu awak tau walaupon awak semacam tak mempedulikan perasaan saya.

Harap-harap kat tempat baru ni hubungan kita akan menjadi lebih baik dari yang sebelum ni.


Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

0
Orang Memberi Komen

Aktiviti Di Prasekolah.






Selamat tengahari semua. Ini merupakan entry yang dah terlalu basi untuk semua. Tapi disebabkan ingin berkongsi aktiviti ini bersama anda maka kita abaikan perkataan 'basi' tersebut.



Gambar-gambar di bawah ini merupakan aktiviti semasa Sambutan Bulan Kemerdekaan pada bulan Ogos yang lalu. Antara aktiviti yang dijalankan adalah mewarna bendera Jalur Gemilang, membuat Topi Jalur Gemilang dan sesi bergambar. Oleh itu, tanpa membuang masa mari kita layan gambar-gambar tersebut.




mewarna gambar bendera Jalur Gemilang dengan menggunakan krayon.





membuat Topi Jalur Gemilang.




ukur jangan tak ukur ye murid-murid.




buat cepat. jangan termenung.




topi yang telah siap. ada yang pakai terbalik.




sesi bergambar bersama topi masing-masing. MERDEKA !!!

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

2
Orang Memberi Komen

Ferhad - Kasih Berubah






Jom layan perasaan dengan lagu ni. I miss him.



Tajuk/Lirik Lagu: Kasih Berubah
Penyanyi: Ferhad


Di angin lalu ku sampaikan kerinduan
Wajah mu ku terbayang
Bersama janjimu ku bawa dalam mimpi
Kubawa dalam mimpi

Malam sunyi rasa sepi
Ku duduk seorang diri
Terbayang wajahmu di awangan
Hidup ku di perantauan
Penuh dengan cubaan
Namun kau tetap jadi pujaan

Walau ku cuba untuk melupakan dikau
Namun ku tak terdaya
Kini ku selalu terkenangkan dirimu
Oh sayang oh sayang ku

Alangkah hancur hati ku
Bila pulang dari rantau
Terlihat kau bersama teman baru
Bertahun lama terpisah
Kiranya kau telah berubah
Janjimu hanya tinggal kenangan

Hatiku menangis dengan seribu pertanyaan
Mengapa oh mengapa ohh yeaa
Dari jauh ku lihat kau berlalu pergi
Berbahagialah di sampingnya
hmmm.. ohhh…

Kasih berubah ohh…




Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

4
Orang Memberi Komen

Welcome Back !!





Ehem ehem... Bersua kembali. Rasa macam dah lama je tak beramah mesra dengan bloggers sekalian. Saya agak sibuk kebelakangan ni. Saya baru je selesai berpindah rumah. Alhamdulillah, berkat kesabaran kami akhirnya berjaya juga keluar dari kepompong rumah bertingkat-tingkat. Rumah kali ni pon bertingkat gak tapi takde la seperti rumah yang lama tu. Nak cari rumah teres setingkat memang susah sekarang ni. Zaman sekarang lebih banyak rumah bertingkat. Takpe la. Yang penting semuanya dah selamat. Barang-barang masih banyak yang belum dikemas lagi. Sikit-sikit lama-lama siap la tu. Lagipon cuti sekolah sudah bermula. Wah ! Seronok tak terkata nampaknya.



Malam ni saya nak bercerita je la. Rindu pulak nak menaip panjang-panjang. Hari ni sampai Ahad saya cuma tinggal berdua je dengan bayi kesayangan (dah besar nak panggil bayi lagi). Sebabnya suami kesayangan telah pergi menjalankan tugas untuk membawa anak-anak muridnya berkhemah di Dusun Eco Resort yang terletak di Bentong (kampung saya tu). Kalau la saya dapat cuti hari ni berkemungkinan besar saya sedang online di rumah ibu bapa tercinta. Tapi, nak buat macam mana. Cutiku tidak diluluskan. Agak hampa. Semoga suami kesayangan saya selamat di sana hendaknya. Saya dah rindu awak ni. Sobsob... :(



Hari Isnin dan Selasa minggu depan pula saya terlibat dengan pembahagian wang bantuan RM100 kepada murid-murid Tahun 1-6. Rupa-rupanya saya belum bercuti lagi. Apa nak buat. Terpaksa la menurut perintah. Kalau tak nanti ada yang mengamuk. Huhu. Apa-apa pun, tahniah buat semua pelajar yang mendapat wang bantuan tersebut. Pandai-pandai la laburkan wang tersebut ke arah jalan yang betul. Ibu bapa pon jangan la mengambil kesempatan pulak ye. Wang itu hak anak, bukan hak anda. Jadi beringatlah.





Akhir sekali, tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang berjaya menggenggam 5A di dalam tangan. Tidak sia-sia usaha anda selama ini. Bagi yang tidak berjaya tu tidak mengapa. Masih ada banyak peluang untuk anda tunjukkan kepada masyarakat bahawa anda juga setanding dengan mereka-mereka yang berjaya. Yang penting, jangan berhenti berusaha.

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

1
Orang Memberi Komen

SEGMEN:Blogwalking Sampai Gila






Hihi. Join segmen DARI SINI.

Apa? Nak join? Alamak, segmen dah tutup la.

Jangan marah.






Blogwalking Sampai Gila !!!!!!!!!!!!!!



Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

5
Orang Memberi Komen

Tak Kisah Pon !!!






Haiii..... eh, korang perasan tak? Semalam aku ada post satu entry pasal BUDAK SEKOLAH YANG GEDIK. Cuba scroll blog ni sampai bawah. Entry tu dah takde kan. Hai.. nampaknya ada orang yang dah delete pasal entry panas tu. Aha, i don't care. Yang penting orang tu dah tau apa yang aku tak suka.



Buat orang tu, rajin-rajin la tengok blog ni. Sebab apa je yang saya tak puas hati saya akan taip di sini. Peduli apa. Dan saya saje je tak sign out sebab nak tengok entry apa yang akan didelete.



Sekian, terima kasih.

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

8
Orang Memberi Komen

Dah Ada 300 !!!





Whoaa.... diam tak diam cikgu Faiz sudah mempunyai 300 followers.

Ala, baru 300. Cayok cayok !!




Followers ke 300 ini adalah......

SEPET KUKU

Tq sebab sudi follow blog yang tak seberapa ni.

Salam perkenalan wat beliau.

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

5
Orang Memberi Komen

Beauty Contest from Aina Rahman






Haiiii... yeah, seronoknya la. Sebab apa? Because ko-kurikulum carnival is over. Letih memang letih tapi happening sangat-sangat walaupon karnival habis lebih awal daripada jangkaan masa yang ditetapkan disebabkan hujan lebat yang seakan-akan tidak mahu berhenti. Ok ok. Nanti cikgu Faiz buat entry khas pasal karnival tadi ok. Sekarang nak fokus kat title di atas tu.



Kat bawah ni banner contest tau.

Nak join tak?

TEKAN SINI.





Sebelum terlupa, contest ni telah ditag oleh SESEORANG (tima kasih banyak-banyak tau).


Tarikh tutup penyertaan adalah pada 20 Disember 2011.



NAK TAG MEREKA LA...







Finish !!!

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...