Showing posts with label jenis-jenis disleksia. Show all posts
Showing posts with label jenis-jenis disleksia. Show all posts

Jenis-Jenis Disleksia (part 4)



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Ini adalah entri sambungan bagi jenis-jenis disleksia. Maaflah sebab lama sangat nak habiskan silibus ni. Bukan apa jenis-jenis disleksia ni banyak dan Cikgu Faiz tak dapat nak siapkan satu entri terus. Keadaan tidak mengizinkan. Tapi jangan risau sebab ada lagi dua sahaja jenis-jenis disleksia pada kali ni. Lepas ni boleh masuk tajuk lain pula.


Baca jenis-jenis disleksia yang lalu...



8.      Keciciran Perkataan Penting

"Dalam menegakkan setiap individu untuk mendapatkan berkualiti, langkah-langkah sudah oleh a terlibat dan para bukan kerajaan untuk menyediakan yang memenuhi khas mereka yang kurang".


Teks sebenar :

"Dalam usaha menegakkan hak setiap individu bagi mendapatkan pendidikan berkualiti, langkah-langkah sudah diambil oleh agensi terlibat dan para pertubuhan bukan kerajaan bagi menyediakan prasarana yang memenuhi keperluan khas mereka yang kurang upaya".


Nota : Perkataan-perkataan penting mungkin dicicirkan.



9.      Terbalik atas bawah (Inversion)


Contoh tulisan terbalik atas bawah seperti di atas ni.


Nota : Perkataan-perkataan mungkin kelihatan terbalik (atas-bawah)



Adakah kanak-kanak lelaki lebih cenderung mengalami disleksia?


Pada awalnya, dipercayai bahawa disleksia lebih banyak berlaku di kalangan kanak-kanak lelaki berbanding perempuan dengan kadar sehingga 4:1 (Cronin, 1997; Hornsby, 1995; Selikowitz, 1993). Namun demikian, kajian sudah membuktikan tiada perbezaan dan signifikan bagi jumlah kanak-kanak lelaki dan perempuan yang mengalami disleksia (Gorman, 2003; Flynn & Rahbar, 1994; Shaywitz, Fletcher & Escobar, 1990).


Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan yang signifikan dalam masalah tingkah laku antara kanak-kanak lelaki dan perempuan yang mengalami disleksia. Ini mungkin memberi kesan pada peringkat awal mengenal pasti kanak-kanak disleksia kerana dalam penyelidikan lazimnya guru diminta menamakan kanak-kanak yang mempunyai masalah di sekolah. Lazimnya juga, kanak-kanak perempuan yang mempunyai masalah akademik kurang menonjol berbanding kanak-kanak lelaki kerana sifat semula jadi mereka menyebabkan mereka tidak begitu bermasalah dalam tingkah laku ataupun mungkin disebabkan mereka menggunakan strategi berbeza bagi menangani masalah mereka (Davies, 1984) termasuk meniru jawapan kawan dan seumpamanya. Shaywitz et al (1990) mendapati tiada perbezaan signifikan antara lelaki dan perempuan dalam masalah membaca tetapi guru didapati menghantar dua kali ganda kanak-kanak lelaki berbanding kanak-kanak perempuan ke kelas pemulihan. Ini dipercayai disebabkan oleh tingkah laku bermasalah yang lebih menonjol di kalangan kanak-kanak lelaki yang menyebabkan guru lebih menyedari masalah mereka dalam pembelajaran. Secara ringkasnya, kanak-kanak lelaki yang bermasalah dalam pembelajaran lebih cepat dikenal pasti kerana mereka lazimnya menunjukkan kekecewaan mereka dengan tingkah laku bermasalah (Gorman, 2003).


Rujukan : Sheila Devaraj dan Samsilah Roslan (2006), Apa Itu Disleksia?, PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.


Mencari Rumah di Malaysia? Bookmark INI! (atau simpan untuk masa depan!). KLIK.


Yang benar,
Cikgu Faiz

Jenis-jenis disleksia (part 3)



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Cikgu Faiz baru pulang dari menghadapi peperiksaan di UPSI. Sekarang sudah cuti semester. Lega sikit. Cikgu Faiz cuba untuk update walaupun internet masih belum pulih sepenuhnya. Menyirap jugak. Okey sebelum tu, bagi yang dah lupa jenis-jenis disleksia yang sebelum ini, boleh rujuk di entri INI dan INI. Sekarang Cikgu Faiz akan menyambung kembali pembelajaran kita yang masih belum habis tentang jenis-jenis disleksia. Sila beri perhatian ya :)



5.      Imej Terbalik
Contoh perkataan yang hurufnya ditulis terbalik (SIR). 
GOOGLE.COM.MY


Nota : Teks kelihatan terbalik seperti di dalam cermin.




6.      Keciciran Huruf

"Tidk mgkin beia tidk menyedri kehadirn tokh terkal tersebt. Namn dripaa gerk geri dan tutr katnya, ternta ad rahsa besr yng tersemt kukh dalm liptan memrnya".


Teks sebenar :

"Tidak mungkin beliau tidak menyedari kehadiran tokoh terkenal itu. Namun daripada gerak geri dan tutur katanya, ternyata ada rahsia besar yang tersemat kukuh dalam lipatan memorinya".


Nota : Terdapat huruf-huruf yang dicicirkan secara rawak.


7.      Keciciran Huruf (Gaya Telegraf)

"Persekitaran mesra kurang upaya agenda pembangunan. Keperluan yang sebelum dilupakan mula dikira dalam perancangan dilakukan".


Teks sebenar :

"Persekitaran mesra orang kurang upaya merupakan agenda utama pembangunan abad ini. Keperluan golongan yang sebelum ini sering dilupakan sudah mula diambil kira dalam setiap perancangan yang dilakukan".


Nota : Perkataan-perkataan dicicirkan secara rawak dan hanya perkataan penting yang tinggal.


Rujukan : Sheila Devaraj dan Samsilah Roslan (2006), Apa Itu Disleksia?, PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.




Yang benar,

Jenis-jenis disleksia (part 2)



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


google.com.my




3.      Disoriental Lateral

"... sua ujituahadn terap keanketa nad cekaln jiwabaha. Ke hidedup ngan sukaran ketan yang diamali cacatidak diyang bakan akij dapat dibaha nan beb emositam yang dipikul ak periswita terse ibatbut".


Teks sebenar : 

"... suatu ujian terhadap kecekalan dan ketabahan jiwa. Kesukaran hidup dengan kecacatan yang dialami tidak dapat dibayangkan jika ditambah bebanan emosi yang dipikul akibat peristiwa itu".


Nota : Dalam kategori ini, huruf dan perkataan berpindah ke hadapan atau pun belakang kedudukan sebenarnya - kadangkala dalam susunan terbalik daripada susunan asal dalam satu baris.


4.      Kabur

"Selepas kejadian itu, bilangan kanak-kanak yang mengunjungi taman rekreasi yang terkenal itu didapati semakin berkurangan. Tidak dapat dipastikan sama ada keadaan itu akan berterusan untuk satu jangka masa yang lama".


Teks sebenar :

"Selepas kejadian itu, bilangan kanak-kanak yang mengunjungi taman rekreasi yang terkenal itu didapati semakin berkurangan. Tidak dapat dipastikan sama ada keadaan itu akan berterusan untuk satu jangka masa yang lama".



Nota : Beberapa huruf pertama akan kelihatan jelas dan yang lainnya akan mula menjadi kabur sehingga lama kelamaan terus hilang. Kekaburan ini berlaku secara rawak.


Rujukan : Sheila Devaraj dan Samsilah Roslan (2006), Apa Itu Disleksia?, PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.




Yang benar,

Jenis-jenis disleksia (part 1)



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Satu aspek yang kurang diketahui umum ialah terdapat pelbagai jenis disleksia dengan simptom dan ciri berbeza. Berikut dinyatakan jenis-jenis disleksia yang berbeza berdasarkan apa yang dipersepsi oleh mereka yang mengalaminya (Ryden, 1998) :-
  1. Pembalikan konsep

Akan hampir lima belas hari sebelum Murugan dari Malaysia memadam sejarah menguai ekperdisi meradah cabaran menerusi Dataran Everest. Berbelakangan dengan kesenangan - fizikal dan tidak semulajadi - individu itu membaling cabaran gunung terendah tersebut dengan takutnya.


Teks sebenar :

"Sudah hampir lima belas tahun berlalu semenjak Murugan dari Malaysia mencipta sejarah dengan mengetuai ekspedisi meredah cabaran mendaki Gunung Everest. Walaupun berhadapan dengan pelbagai kesusahan - fizikal dan semulajadi - kumpulan itu menyambut cabaran gunung tertinggi itu dengan beraninya".


Nota : Kadangkala mereka yang mengalami disleksia mempersepsi suatu perkataan itu dalam bentuk lawannya (antonimnya).


   2.   Disorientasi Vertikal

... sua ujituahadn terap keanketa nad cekaln jiwabaha. Ke hidedup ngan sukaran ketan yang diamali cacatidak diyang bakan akij dapat dibaha nan beb emositam yang dipikul ak periswita terse ibatbut.


Teks sebenar :

"... dan dia sama hebatnya dalam mengayuh perahu itu. Bersama-sama Lin, seorang lagi paraplegik Amad (yang dapat menggunakan sebelah tangan sahaja) dan beberapa orang kawan lain, mereka mengayuh dengan begitu bersemangat merentasi kawasan air deras mencari penghujung perjalanan".


Nota : Terdapat huruf dan perkataan yang berpindah ke barisan atas atau pun bawah daripada barisan sebenarnya.


Rujukan : Sheila Devaraj dan Samsilah Roslan (2006), Apa Itu Disleksia?, PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.




Yang benar,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...