Garisan beralun

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Hari ni kita akan belajar tentang cara-cara untuk melukis gambar di bawah. Gambar apa agaknya ya..?


Ya... itulah garisan beralun. Tapi gambar di atas di dah jadi corak beralun pula. Takpe. Lebih kurang je kot. Jom kita mulakan kelas...


Aras : Sederhana

Sasaran umur : 3 dan 4 tahun / 5 dan 6 tahun / 7 dan 8 tahun

Masa : 20 minit

Objektif : Pada akhir aktiviti diharap kanak-kanak dapat :-
  1. Mengenali garisan beralun sebagai teknik asas dalam aktiviti melukis.
  2. Memahami konsep berulang dalam aktiviti membuat garisan beralun.
  3. Menghasilkan garisan beralun secara kreatif melalui pemerhatian.
  4. Menceritakan objek alam yang mempunyai garisan beralun.

Penerangan aktiviti : Aktiviti ini dijalankan secara kelas atau individu dan sesuai untuk persiapan awal kanak-kanak belajar melukis.

Bahan / Alatan : Kertas lukisan, pensel / pensel warna / krayon dan benang kait.

Persediaan guru : Menyediakan benang kait dan ruang yang sesuai mengikut bilangan kanak-kanak.

Prosedur :
  1. Guru mengumpulkan kanak-kanak.
  2. Guru membuat demonstrasi menggunakan benang kait untuk membentuk garisan beralun.
  3. Edar seutas benang kait kepada setiap kanak-kanak untuk membentuk garisan beralun.
  4. Edarkan bahan-bahan melukis kepada kanak-kanak.
  5. Guru membuat demonstrasi melukis garisan beralun berdasarkan bentuk yang dihasilkan daripada benang kait.
  6. Kanak-kanak melukis garisan beralun berdasarkan bentuk yang dihasilkan daripada benang kait.
  7. Kanak-kanak mempamerkan hasil lukisan dan menyatakan perasaan masing-masing.
  8. Guru memberi pujian kepada kanak-kanak dan membuat rumusan aktiviti melukis.

Cadangan : Guru juga boleh menggunakan wayar lembut, tali rafia atau tali guni untuk membentuk garisan beralun serta memastikan setiap kanak-kanak berpeluang menyertai aktiviti ini.

Aktiviti pengukuhan / pemulihan : Minta kanak-kanak mencari dan menunjukkan objek-objek yang ada corak garisan beralun.


Rujukan : Loy Chee Luen (2011), Perkembangan Seni dan Kraf Kanak-Kanak, Gerak Ilmu Sdn. Bhd.




With love..,

6 comments:

mujagirl92 said...

wah blog ni cute!!! ok. ni la cara ku mengajar nanti,, hehe

Dingdang said...

@Nurmujahidah Ismail
terima kasih :)

Nabilah Azahari said...

eh kite followers akak ke 1000! heeee

Dingdang said...

@Nabilah Azahari
akhirnya... pencarian follower ke 1k telah berakhir.. hehehe.

Aimacomel said...

kita yg dah besar ni belum tentu mampu sekreatif anak2 kecik.. huhu, nak belajar buat jgk la =)

Tahniah dpt 1K cikgu :)

Anonymous said...

seronok melukis




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...