Melukis garisan berbiji

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Aktiviti melukis garisan berbiji.



Aras : Rendah
Sasaran umur : 3&4 tahun / 5&6 tahun / 7&8 tahun
Masa : 20 minit
Objektif : Pada akhir aktiviti diharap kanak-kanak dapat :-
  1. Mengenali garisan berbiji sebagai teknik asas dalam aktiviti melukis.
  2. Memahami konsep berulang dalam aktiviti membuat garisan berbiji.
  3. Menghasilkan garisan berbiji secara kreatif melalui pemerhatian.
  4. Menceritakan objek alam yang mempunyai garisan bulat.
Penerangan aktiviti : Aktiviti ini dijalankan secara kelas atau individu dan sesuai untuk persiapan awal kanak-kanak belajar melukis.

Bahan / Alatan : Kertas lukisan, pensel / pensel warna / krayon dan bahan-bahan untuk membuat buih sabun seperti sabun / pencuci pinggan cair, mangkuk, air dan penyedut minuman.

Persediaan guru : Menyediakan bahan-bahan untuk membuat buih sabun dan persiapan awal permainan buih sabun. Menyediakan ruang yang sesuai mengikut bilangan kanak-kanak.

Prosedur
  1. Guru mengumpulkan kanak-kanak.
  2. Guru mengadakan permainan buih untuk kanak-kanak dan bersoal jawab dengan kanak-kanak berkenaan bentuk buih yang dihasilkan.
  3. Edarkan bahan-bahan melukis kepada kanak-kanak.
  4. Guru membuat demonstrasi melukis garisan berbiji.
  5. Minta kanak-kanak imbas kembali bentuk-bentuk buih yang dihasilkan dalam permainan buih dan melukis bentuk-bentuk buih.
  6. Kanak-kanak mempamerkan hasil lukisan dan menyatakan perasaan masing-masing.
  7. Guru memberi pujian kepada kanak-kanak dan membuat rumusan aktiviti melukis.
Cadangan : Selain permainan buih sabun, guru juga boleh menunjukkan video atau gambar-gambar objek yang mempunyai bentuk bulat dan memastikan setiap kanak-kanak berpeluang menyertai aktiviti ini.

Aktiviti pengukuhan / pemulihan : Minta kanak-kanak mencari dan menunjukkan objek-objek yang berbentuk bulat.


KLIK TUNE TALK


With love..,

3 comments:

Belajar Cinta said...

Salam kakak.. :)

Mia Liana said...

hmmm lukis bulat... ;) sofea pun dah pandai lukis bulat...

Shida Radzuan said...

budak2 plg suka lukis bulat dgn objek bulat blh bt mcm2 ikut imaginasi masing2.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...