google.com.my
Kanak-kanak amat menggemari muzik. Sejak kecil lagi, kanak-kanak mudah tertarik kepada bunyi-bunyi muzik dan lagu yang diperdengarkan oleh ibu atau penjaga mereka. Muzik adalah bunyi dan ia melibatkan pendengaran. Mendengar menjadi asas kepada muzik. Telinga sentiasa terbuka dan menerima pelbagai bunyi walaupun tanpa disedari. Ada kanak-kanak yang perlu mendengar muzik atau lagu yang dinyanyikan oleh ibu atau penjaga mereka sebelum melelapkan mata. Semasa tidur, ada bunyi yang boleh menyenyakkan lagi tidur kanak-kanak malah menjadi efek kepada mimpi dan ada pula yang boleh mengejutkan kanak-kanak.
Tiga Konsep Yang Berbeza Dalam Proses Mendengar Muzik.
Pasif
Terdapat beberapa buah kedai dan pusat membeli belah yang sentiasa memasang muzik dan lagu di premis mereka. Semasa kanak-kanak berjalan di pusat membeli belah tersebut, mereka tidak ambil peduli langsung tentang muzik tersebut. Proses ini dianggap pasif kerana tidak melibatkan sebarang proses penghayatan.
Aktif
Keadaan berbeza apabila berada di rumah, di mana kanak-kanak sering menonton rancangan berbentuk hiburan di televisyen, mereka mendengar dan menghayati persembahan tersebut. Ia melibatkan proses antara pendengaran dan pemikiran (otak) dan imaginasi. Proses ini dianggap mendengar secara aktif.
Efektif
Keadaan ini agak berlainan apabila kanak-kanak ditugaskan untuk menjadi pengadil dalam sesuatu persembahan nyanyian, di mana dia perlu mendengar, membuat penilaian dan memberi respon kepada persembahan tersebut. Proses ini memerlukan latihan serta asas kemahiran yang lebih berbanding dengan dua proses di atas supaya ia menjadi lebih efektif. Mendengar juga merupakan satu proses imaginasi yang melibatkan aktiviti mendengar secara aktif dan efektif. Contohnya, bila kanak-kanak mendengar radio nyanyian artis kegemaran, mereka juga dapat membayangkan lenggok badan penyanyi tersebut.
Kanak-kanak yang diberi latihan tentang muzik dapat membuat lebih imaginasi terhadap muzik dari aspek kord, pic, melodi dan lain-lain elemen yang berkaitan dan yang kurang latihan juga mampu membuat persepsi mengikut kemampuan tersendiri. Di sini tidak timbul istilah "tone deaf". Setiap kanak-kanak yang boleh mendengar dapat memberi perbezaan antara bunyi kereta api dan wisel pengadil atau bunyi dari bengkel besi dan bengkel perabot. Mungkin terdapat perbezaan tentang ketepatan membuat persepsi terhadap sesuatu bunyi dan ini boleh dibentuk melalui latihan.
Untuk mempertingkatkan kualiti dan kemahiran dalam apresiasi muzik, kanak-kanak perlu banyak pendedahan, mendengar dan pandai membuat penilaian peribadi berdasarkan elemen-elemen muzik tanpa berpandukan kepada pengaruh luaran seperti rakan, media atau rupa paras penyanyi.
Rujukan : Azila Binti Alias, Loy Chee Luen, Mazlina Binti Che Mustafa dan Norly Binti Jamil, Muzik dan Perkembangan Kanak-Kanak (2011), Gerak Ilmu Sdn. Bhd.
Yang benar,
5 comments:
menarik ni..baru puteri tau ada konsep yang berbeza :)
dnga muzik pun de 3 konsep ye...
Nice sharing..
Menarik ^_^
deno suka dgr muzik time online atau mengemas rumah... hihi^^
thnks for sharing
Post a Comment