Berjaya Juga Akhirnya



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Semalam langsung tak sentuh laptop. Balik dari sekolah je Cikgu Faiz dan Encik Suami melaksanakan satu misi iaitu membotakkan kepala Faqih. Huhu. Kalau korang yang sentiasa mengikuti perkembangan blog ni mesti tahu yang Faqih ni berambut panjang ala-ala korea. Hehe. Oleh kerana rimas melihat Faqih yang asyik tergaru-garu ditambah pula dengan peluh maka Cikgu Faiz membuat keputusan untuk membotakkan terus kepala Faqih tapi bukan botak sampai licin tu. Hehe.


Bukan senang nak botakkan kepala Faqih ni sebab Faqih ni penakut dan penggeli. Cikgu Faiz bertindak sebagai peneman Faqih ketika rambutnya dicukur oleh Encik Suami. Hehe. Bila ada rambut yang jatuh dan terkena badan dia mula la dia suruh buang. Hehe. Dengan rambut sendiri pon geli. Tapi kali ni Faqih dah tak meraung-raung macam sebelum ini. Mungkin sebab dia dah besar jadi tak berapa takut sangat. 



Gambar sebelum botak.



Gambar selepas botak.




Tayang kepala botak.




Haa... baru nampak kemas sikit. Sedap mata memandang. Kalau tak, Cikgu Faiz pon rimas bila tengok rambut Faqih yang panjang tu. Hehe. Dua gambar botak tu diambil di IOI Mall Puchong. Masa tu tengah tunggu Encik Suami yang beratur untuk membayar alat-alat tulis dan bukunya. Dapat baucer buku la katakan. Cikgu Faiz tengok je la sebab tak dapat baucer lagi. Huhu. Punya la ramai yang memborong tapi kaunter pembayaran cuma dua je. Memang hilang sabar jugak tapi kena jugak bersabar. Hehe. Tak baik marah-marah ^ ^. Chill...


Sekian.


Siapa Liyana Fizi? KLIK.


Salam sayang,

16 comments:

ainun said...

Baru nampak hensem..hehe :)

Unknown said...

Nampak makin comel pulak Faqih botak ^_^ hehe

mrpolie said...

Ingatkan botak licin.... ni rambut mawi ni... hehehehe

Dayang Deno said...

olo comelnyaaa... nampak lain bila takde rambut:)

Unknown said...

macam anak cina..hehe..tp still comel

Unknown said...

Mula2 ingat anak cikgu Faiz ni permpuan...dah botak baru nampak lelaki....hehe

Unknown said...

comei...

Unknown said...

comei...

Cik Tanpa Nama said...

alahai kesiannya kene botakk.tp nampak lg handsome lepas botak..huhu

Anonymous said...

salam..ala so sweetnyer..follow me back ya

Mime MF said...

comel..hihi geli dgn rmbut sendiri..mcm kazen sy je perangai time gunting rmbut...

Unknown said...

Faqih hensem! hehehhe...chomel je die botak... :D

puteri kasih said...

tetap maintain comey faqih ni..hehe

Nur Nainis said...

Hehehe..tabik hormat adik comel..

Nur Nainis said...

Hehehe..tabik hormat adik comel..

jaakechik said...

comelnya~ hihi... faqih peminat otomen ya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...